Followers

Wednesday, December 30, 2009

Dataran Merdeka.... gegarkannya malam ini.




Hujan atau Bunkface..
kalau tidak Amy search atau Ratu rock Ella..
ya... mereka akan memukau anda....
pasti hebat....

Konsert Ambang 2010 anjuran AmBank
dengankerjasama DBKL

pastikan anda idak lepaskan peluang..
sama gegarkan dataran merdeka

tapi saya hanya mampu tonton di TV2 je

SELAMAT TAHUN BARU 2010 semua.....

Monday, December 28, 2009

Merokok dan bantuan kerajaan.

Mulai Jan 1, harga minimum rokok ditetapkan kepada RM6.40 bagi 20 batang (32 sen sebatang). Ini diumumkan oleh Menteri Kesihatan semalam. Mengulas pengumuman ini, Menteri Belia dan Sukan mencadangkan tidak merokok sebagai prasyarat untuk belia dan pelajar memohon bantuan kerajaan. Cadangan ini disuarakan kerana banyak pihak terutama belia dan pelajar masih mampu membeli rokok meskipun harganya mahal dan sentiasa dinaikkan.

Wajarkan cadangan ini dilaksanakan? Apakah implikasinya kpada belia dan pelajar kalau dilaksanakan. ??? dgn biasiswa, PTPTN dan bantuan kewangan lain.. kalau kurang duit macam mana nak teruskan study??/

Sunday, December 27, 2009

Hubungan antara kos sut dan kos purata.

Ini merupakan soalan yang lazim disoal bukan sahaja di peringkat SPM malah diperingkat IPT pun. Ia merupa sebahagian daripada asas dalam pembelajaran ekonomi. Oleh itu setiap pelajar harus memahami sepenuhnya konsep asas ekonomi ini.

Sebelum kita mampu menjawab soalan ini dengan baik, kia harus
  1. memahami dengan jelas kosep kos sut dan kos purata
  2. bagaimana mengaitkan kedua-dua konsep tersebut
  3. menghafal gambar rajah keluk kos sut dan kos purata, (titik persilangan antara kedua-dua keluk)
  4. memberi huraian berdasarkan gambar rajah.

Rangka jawapan,

  1. kedua-duanya mempunyai bentuk keluk yang sama iaitu menurun, mencapai titik minima dan menaik semula.
  2. apabila kos purata menurun, kos sut adalah kurang(dibawah) kos purata.
  3. apabila kos purata meningkat, kos sut adalah melebihi(diatas) kos purata
  4. kos sut mencapai kos minima lebih awal daripada kos purata.
  5. kos sut akan menyamai kos purata apabila kos purata berada di tahap minima.

P/s; ini cuma sebagai permula entri sahaja,

jika ada sesuatu yang hendak dikongsi bersama amatlah di alu-alukan. begitu juga jika ada persoalan jika ingin bertanya.

Wednesday, December 16, 2009

Permulaan perjalanan ke alam siber.

Sebagai permulaan blog izinkan saya ucap selamat datang kepada semua bakal pengunggung blog ini. Diharap segala rintihan dan catatan perjalanan yang akan tercakar disini dapat menceria pembaca.

Bukannya mudah nak dapat ilham yang bernas yang dapat memenuhi kehendak nulari semua pembaca. Namun biarlah apa yang akan dikongsi bersama dapat memberi menfaat. Untuk memilih tajuk blog ini pun memeningkan. Terlintas pula pilih moonlight. Kenapa? Kegelapan ini disinari dengan cahaya bulan dan kegelipan bintang. Malam dah larut, mata pula degil lantas terlintas dan tergerak hati untuk membina blog.

Dah banyak sangat baca blog yang bermacam ragam, dari aspek ekonomi hingga ke politik. Tidak kurang pula yang mengisahkan dan berkisar pengelaman dan perjalanan kehidupan. Semua ini serba sedikit menggerakkan hati saya untuk ikut dunia berblog.

Buat permulaan, akan daku buat promo dgn cara mengikuti dan mengajak rakan-rakan bloger melayari blog ini. Segala komen amatlah dialu-alukan demi menceriakan kegelapan blog ini.