Followers

Sunday, March 14, 2010

NST Online Selling digital photos

Ramai blogger yang saya ikut berminat dalam bidang photography. Saya memang minat sangat dalam bidang ini tapi setakat ini cuma guna digital camera sahaja. Belum lagi berpeluang memiliki kamera yang cangih.

Jika anda berminat dengan bidang ini disyorkan anda layari laman web ini seperti di bawah;

macam-macam ada berkaitan phptography
- forum/discussi
- "tip and tricks'

www.photomalaysia.com

baca link ini untuk kisah selanjutnya.

NST Online Selling digital photos

Tuesday, January 5, 2010

Polygamy...

Sebenarnya ketika ini saya sedang buat posting untuk KDNK dan mencari bahan dalam The Malaysian Insiders. Terjumpa pula article ini yang agak mengejutkan saya. Maka saya terus muatkan juga dalam entry ini.

They also share wife.. ini adalah statement buat i shock..

kisah empat orang wanita yang mempunyai karier dan kerjaya yang baik.

Bukan Polygamy isunya, sebab polygamy is legal. Yang menghanyatkan ialah ia adalah sebuah kelab. The Ikhwan Polygamy Club yang mempunyai 1,000 orang ahli bukan sahaja dari Malaysia malah dari Indonesia, Australia, Singapore, Thailand, the Middle East and Europe. wooo..

wajarkan kelab ini dihalalkan beroperasi?
atau mingkinkan anda juga berminat menyertainya..
ikutilah cerita selanjutnya dalam paper http://themalaysianinsider.com

KELUARAN DALAM NEGARA KASAR (KDNK) a.k.a GDP.

Keluaran Dalam Negara Kasar adalah satu lagi konsep asas ekonomi yang perlu diketahui dengan jelas bukan sahaja oleh para pelajar malah oleh setiap lapisan masyarakat. Secara formalnya ia mula dipelajari di Tingkatan Lima. Ia merupakan satu konsep yang amat penting untuk di ketahui disebabkan inilah angka ekonomi yang memberi kesan kepada setiap masyarakat.

Taraf kehidupan individu dalam sesebuah negara dipengaruhi secara amnya oleh tingkat KDNK negara tersebut. Jika KDNK sesebuah negara itu tinggi, maknanya nilai pasaran keluaran produk dan perkhidmatan adalah tinggi. Nilai pasaran ini adalah pendapatan hasil daripada jualan produk atau perkhidmatan samaada dibeli oleh negara luar(export)atau domestic comsumption. Maka tinggi jugalah taraf kehidupan rakyat negara tersebut.


GDP is the basic measure of a country's overall economic output. It is the market value of all final goods and serveics made within the borders of a country in a year. GDP can be determine by three methods;
1. the Product (output) approach,
2. the Income approach and
3. the Expenditure approach.
all of which in principle gine the same result.

contoh tajuk berita yang berkaitan dengan KDNK;
Singapore GDP shrank 2.1pc in troubled 2009,
MLE's contribute 81 per cent of global gross domestic product..

Wednesday, December 30, 2009

Dataran Merdeka.... gegarkannya malam ini.




Hujan atau Bunkface..
kalau tidak Amy search atau Ratu rock Ella..
ya... mereka akan memukau anda....
pasti hebat....

Konsert Ambang 2010 anjuran AmBank
dengankerjasama DBKL

pastikan anda idak lepaskan peluang..
sama gegarkan dataran merdeka

tapi saya hanya mampu tonton di TV2 je

SELAMAT TAHUN BARU 2010 semua.....

Monday, December 28, 2009

Merokok dan bantuan kerajaan.

Mulai Jan 1, harga minimum rokok ditetapkan kepada RM6.40 bagi 20 batang (32 sen sebatang). Ini diumumkan oleh Menteri Kesihatan semalam. Mengulas pengumuman ini, Menteri Belia dan Sukan mencadangkan tidak merokok sebagai prasyarat untuk belia dan pelajar memohon bantuan kerajaan. Cadangan ini disuarakan kerana banyak pihak terutama belia dan pelajar masih mampu membeli rokok meskipun harganya mahal dan sentiasa dinaikkan.

Wajarkan cadangan ini dilaksanakan? Apakah implikasinya kpada belia dan pelajar kalau dilaksanakan. ??? dgn biasiswa, PTPTN dan bantuan kewangan lain.. kalau kurang duit macam mana nak teruskan study??/

Sunday, December 27, 2009

Hubungan antara kos sut dan kos purata.

Ini merupakan soalan yang lazim disoal bukan sahaja di peringkat SPM malah diperingkat IPT pun. Ia merupa sebahagian daripada asas dalam pembelajaran ekonomi. Oleh itu setiap pelajar harus memahami sepenuhnya konsep asas ekonomi ini.

Sebelum kita mampu menjawab soalan ini dengan baik, kia harus
  1. memahami dengan jelas kosep kos sut dan kos purata
  2. bagaimana mengaitkan kedua-dua konsep tersebut
  3. menghafal gambar rajah keluk kos sut dan kos purata, (titik persilangan antara kedua-dua keluk)
  4. memberi huraian berdasarkan gambar rajah.

Rangka jawapan,

  1. kedua-duanya mempunyai bentuk keluk yang sama iaitu menurun, mencapai titik minima dan menaik semula.
  2. apabila kos purata menurun, kos sut adalah kurang(dibawah) kos purata.
  3. apabila kos purata meningkat, kos sut adalah melebihi(diatas) kos purata
  4. kos sut mencapai kos minima lebih awal daripada kos purata.
  5. kos sut akan menyamai kos purata apabila kos purata berada di tahap minima.

P/s; ini cuma sebagai permula entri sahaja,

jika ada sesuatu yang hendak dikongsi bersama amatlah di alu-alukan. begitu juga jika ada persoalan jika ingin bertanya.

Wednesday, December 16, 2009

Permulaan perjalanan ke alam siber.

Sebagai permulaan blog izinkan saya ucap selamat datang kepada semua bakal pengunggung blog ini. Diharap segala rintihan dan catatan perjalanan yang akan tercakar disini dapat menceria pembaca.

Bukannya mudah nak dapat ilham yang bernas yang dapat memenuhi kehendak nulari semua pembaca. Namun biarlah apa yang akan dikongsi bersama dapat memberi menfaat. Untuk memilih tajuk blog ini pun memeningkan. Terlintas pula pilih moonlight. Kenapa? Kegelapan ini disinari dengan cahaya bulan dan kegelipan bintang. Malam dah larut, mata pula degil lantas terlintas dan tergerak hati untuk membina blog.

Dah banyak sangat baca blog yang bermacam ragam, dari aspek ekonomi hingga ke politik. Tidak kurang pula yang mengisahkan dan berkisar pengelaman dan perjalanan kehidupan. Semua ini serba sedikit menggerakkan hati saya untuk ikut dunia berblog.

Buat permulaan, akan daku buat promo dgn cara mengikuti dan mengajak rakan-rakan bloger melayari blog ini. Segala komen amatlah dialu-alukan demi menceriakan kegelapan blog ini.