Followers

Sunday, December 27, 2009

Hubungan antara kos sut dan kos purata.

Ini merupakan soalan yang lazim disoal bukan sahaja di peringkat SPM malah diperingkat IPT pun. Ia merupa sebahagian daripada asas dalam pembelajaran ekonomi. Oleh itu setiap pelajar harus memahami sepenuhnya konsep asas ekonomi ini.

Sebelum kita mampu menjawab soalan ini dengan baik, kia harus
  1. memahami dengan jelas kosep kos sut dan kos purata
  2. bagaimana mengaitkan kedua-dua konsep tersebut
  3. menghafal gambar rajah keluk kos sut dan kos purata, (titik persilangan antara kedua-dua keluk)
  4. memberi huraian berdasarkan gambar rajah.

Rangka jawapan,

  1. kedua-duanya mempunyai bentuk keluk yang sama iaitu menurun, mencapai titik minima dan menaik semula.
  2. apabila kos purata menurun, kos sut adalah kurang(dibawah) kos purata.
  3. apabila kos purata meningkat, kos sut adalah melebihi(diatas) kos purata
  4. kos sut mencapai kos minima lebih awal daripada kos purata.
  5. kos sut akan menyamai kos purata apabila kos purata berada di tahap minima.

P/s; ini cuma sebagai permula entri sahaja,

jika ada sesuatu yang hendak dikongsi bersama amatlah di alu-alukan. begitu juga jika ada persoalan jika ingin bertanya.

No comments:

Post a Comment